Bulan Sya'ban

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.”       (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Bulan Sya'ban merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan selepas bulan Rejab. Bulan Sya'ban adalah bulan yang baik untuk memohon maghfirah daripada Allah SWT.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Di dalam bulan Sya'ban terdapat satu bulan yang penuh rahmat iaitu malam Nisfu Sya'ban.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”

Rejab adalah bulan Allah...

Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadan adalah bulan umatku"

Sahabatpun bertanya kepada Rasulullah s.a.w., "Ya Rasulullah, apakah maksudnya perkataanmu bulan Allah?" Rasulullah menjawab "Lantaran bulan itu dikhususkan dengan keampunan, di dalam bulan itu diharamkan menumpahkan darah (di dalam peperangan), di dalam bulan itu Allah menerima taubat nabi-nabiNya, di dalam bulan itu juga Allah mengeluarkan auliaNYa dari cengkaman musuh-musuhnya dan barangsiapa berpuasa di dalam bulan ini diwajibkan oleh Allah baginya untuk mendapat tiga perkara, iaitu keampunan untuk dosa-dosanya yang telah lalu, pemeliharaan baginya baki hidupnya dan selamat daripada kedahagaan pada hari kiamat."

Maka bangun seorang lelaki yang agak uzur lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mampu berpuasa di sepanjang bulan itu. "Rasulullah s.a.w. pun bersabda: "Puasalah kamu sehari di awalnya, sehari di pertengahannya dan sehari di akhir bulan itu, kerana sesungguhnya satu kebaikan itu akan digandakan dengan sepuluh kebaikan seumpamanya....."

Putriku Sayang

Kehebatan Syurga Allah SWT Berdasarkan Ayat Al-Qur'an

Allah SWT menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT:

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.